Tuesday, September 21, 2010

YB AZMIN BAKAL TIMBALAN PRESIDEN YANG DIGERUNI PENYAMUN UMNO !!

BELIAU MERUPAKAN PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN OLEH AHLI AKAR UMBI !!!

PEMIMPIN YANG DIGERUNI PENYAMUN UMNO !!!

PENGURUSI PERHUBUNGAN NEGERI PKR SELANGOR !!

PEMIMPIN YANG DISEGANI RAKYAT !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!

Friday, September 17, 2010

KENYATAAN MEDIA YB AZMIN MENJELANG PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN !!! SIAPA PUN YANG DUDUK DIKERUSI TERSEBUT AKU TETAP SOKONG KEADILAN !!!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.
Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.
Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.

Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.
Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.
Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.
MOHAMED AZMIN ALI
16 September 2010
 
 
INI ADALAH KATA-KATA SEORANG PEMIMPIN YANG BERWIBAWA YANG HARUS DISANJUNGI RAKYAT !!!
 
BUKAN MENYANJUNG PENYAMUN UMNO YANG MEROMPAK DAN MENJARAH HASIL BUMI MALAYSIA !!
 
RAKYAT YANG MERANA DAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI TERUTAMA MELAYU !!!
 
MANA LAUNGAN HIDUP MELAYU YANG DILAUNGKAN OLEH PENYAMUN UMNO !!!
 
MEREKA HANYA TAHU MEMPERKAYAKAN KRONI MEREKA YANG MENJANA EKONOMI MEREKA DAN PARTI MEREKA SAHAJA !!!
JANGAN BIARKAN PENYAMUN UMNO TERUS MENAKLUK PUTRAJAYA !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!
 
 

Wednesday, September 15, 2010

MAHADER MEROSAKKAN MASA DEPAN MELAYU !!!

MAHADER SESAL TAK SUDAH HANCURKAN MASA DEPAN MELAYU !!
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya.
Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera.
"Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu.
"Sebaliknya apa yang berlaku, MEB tidak langsung menyentuh mengenai kepentingan mahupun cara untuk melindungi kaum Bumiputera. Sebab itu kita melihat Mahathir sering memberikan kritikan terhadap Najib sehingga dalam masa sama menampakkan beliau sebenarnya sedang menghalang Najib daripada meneruskan agenda pelaksanaan Model Ekonomi Baru di negara ini," katanya Azankepada Suara Keadilan.
Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir dalam blognya 24 Ogos lalu yang menghentam dasar meritokrasi dan menganggap mereka yang menyokongnya sebagai keliru.
"Mahathir yang kita kenali amat pintar dalam strategi politik dan bijak memainkan emosi manusia dalam isu seumpama ini.
"Beliau mempunyai mesej tertentu untuk dirinya menebus dosa dan membersihkan tangannya daripada kekotoran yang dilakukannya kepada orang Melayu selama 22 tahun pemerintahannya
"Orang Melayu telah tercicir, lumpuh dan mundur hampir dalam semua sektor kehidupan, sosio-ekonomi, sosial, bahasa Melayu, pendidikan bahkan agama Islam," tegas Azan lagi.
Kesan dasar Perdana Menteri keempat itu menurut Azan telah memangsakan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kecuali segelintir golongan atasan, kroni dan elit Umno yang mengaut kekayaan secara rakus.
Paling parah kata beliau ialah orang Melayu yang tinggal di luar bandar dan kawasan setinggan dalam bandar termasuk juga orang bukan Melayu yang berada dalam kelompok yang sama.
Jelas Azan lagi, DEB yang bermula pada 1970 sehingga 1990 sepatutnya telah berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus sebagaimana sasaran tetapi dalam tempoh 22 tahun Dr Mahahtir menerajui negara yang mampu dicapai hanya 19 peratus sahaja.
Sehubungan itu, Azan meramalkan sekiranya Najib masih mahu melaksanakan MEB, besar kemungkinan Dr Mahathir akan membongkarkan satu rahsia besar yang telah disembunyikannya selama lebih dua dekad  berkaitan DEB dalam masa terdekat.
"Apabila Mahathir menyembunyikan sesuatu fakta, bermakna dia membohongi rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun malah mungkin 30 tahun.
"Antara igauan ngerinya, Mahathir sama sekali tidak boleh melupakan tentang dasar Pandang Ke Timur yang berkait dengan Jepun dan Taiwan.
"Sekarang Jepun sedang membongkarkan satu-persatu berhubung usahasama negara itu dengan Mahathir dahulu yang menyebabkan negara itu gagal dan dilanda masalah ekonomi dan akhirnya rakyat menolak kerajaan waktu itu (Parti Liberal Demokrasi) dan menukar pemimpin mereka.
Azan berkata akibat budaya rasuah, nepotisme dan kronisme yang dibenarkan berleluasa di bawah pentadbirannya Dr Mahathir kini terpaksa melalui kehidupannya sekarang dengan penuh penyesalan.
"Oleh sebab itu, Mahathir tidak sanggup dirinya disumpah oleh rakyat Malaysia untuk kali kedua. Cukuplah berpuluh tahun dia menipu rakyat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali di bawah pentadbiran Najib," ulas beliau.
Beliau kini dilihat menyokong kuat kumpulan ekstremis Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyebabkan sokongan terhadap Umno-Barisan Nasional dikalangan pengundi bukan Melayu semakin merosot.

NI LAH OTAIMER PENYAMUN YANG DOK MEROMPAK !!!

22 TAHUN ATAU LEBIH DIA DOK MEROMPAK RAKYAT TERUTAMA MELAYU !!

DEB DAN MEB MEMANG UNTUK MEMBINASAKAN MELAYU !!!

TELAH BANYAK OTAI DAN PENYAMUN UMNO BARU NI DOK MEROMPAK !!!

RAKYAT DAPAT APA?

PENINDASAN DAN KESUSAHAN...

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO DAN OTAI PENYAMUN MAHADER !!

Monday, September 13, 2010

DATO SOSILAWATI DIBUNUH SECARA KEJAM !!! INI MENGINGATKAN KEPADA PEMBUNUHAN KEJAM ALTANTUYA !!

KEMANAKAH HILANG SIFAT KEPERIMANUSIAN ???

KEDUA-DUA MEREKA NI DIBUNUH DENGAN KEJAM !!!

MEREKA MERUPAKAN INSAN YANG BERJAYA DALAM BIDANG MASING-MASING !!

DATO SOSILAWATI DALAM PERNIAGAAN !!

ALTANTUYA PULA PENTERJEMAH BAHASA YANG BERJAYA !!

DATO SOSILAWATI DIBUNUH DAN DIBAKAR !!

ALTANTUYA DIBUNUH DAN DI BOM DENGAN C4 !!

SEMOGA DALANG PEMBUNUHAN MEREKA BERDUA DI BALAS TUHAN !!!

Sunday, September 12, 2010

SAY NO TO RACISM !!! PERKASA DAPAT SOKONGAN DUNIA !!


SAY NO TO RACISM !!!

MELAYU DAN CINA YANG MENYEBARKAN FAHAMAN RACISM NI MEMANG CELAKA !!!

MEREKA INI UMPAMA MENYEKAT KESUCIAN AGAMA DAN KEBEBASAN AKAL !!

NYAHKAN BENIH KEBENCIAN PERKASA !!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT SARAWAK !!!

HUMBANKAN SI TAIB PENYAMUN DARI SARAWAK !!

Saturday, September 11, 2010

Timbalan Presiden: Biar Ahli Tentukan

SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden kini semakin sengit sambil mengatakan keputusan terletak di tangan ahli peringkat akar umbi.
"Saya tak dengar pun sengit seperti yang dikatakan. Ini perkara biasa dalam mana-mana proses demokrasi. Biar ahli yang tentukan," kata Anwar ketika ditanya pemberita mengenai desas desus kempen di antara Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.
Sementara Azmin belum lagi mengumumkan hasratnya mahu merebut jawatan kedua tertinggi parti, penyokong beliau di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telahpun mencadang nama beliau serta menyatakan sokongan terbuka kepada Ahli Parlimen Gombak itu.
Zaid bagaimanapun telah menyatakan keputusan beliau mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan minggu lalu.

INILAH CONTOH PEMIMPIN !!!

TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK !!!

BIARKAN AHLI AKAR UMBI MEMILIH SIAPA YANG LEBIH LAYAK !!!

JANGAN LUPAKAN MATLAMAT PARTI !!!

WALAU SIAPA YANG MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT  JANGAN JADIKAN ALASAN UNTUK BERPECAH BELAH !!!

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH !!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13!!!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya !!!


Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua !!!

Sempena hari raya ni aku harap kita semua bermaaf maafan dengan semua !!

Buang yang keruh ambil yang jernih !!

Apa-apa pun jangan lupa akan perjuangan Pakatan Rakyat !!!

Teruskan berjuang !!!

Humbankan Penyamun Umno PRU 13 !!!

Pangkah Pakatan Rakyat !!