Monday, September 6, 2010

Terus Sokong YB Azmin !! Zaid Belum Bersedia !!

 Ahli parlimen, senator PKR ikrar sokong Azmin

Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka.

Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.

Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.

Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi.

Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).



BUKAN AKU HENDAK MENILAI SIAPA YANG LEBIH BERHAK DUDUK DIATAS KERUSI...

CUMA AKU RASAKAN YANG ZAID NI BELUM LAGI BERSEDIA...

KITA SEMUA PUN TAHU SUDAH BERAPA LAMA YB AZMIN MENABUR BAKTI KEPADA KEADILAN...

DAN SEJAUH ITULAH KESETIANNYA KEPADA PARTI.. BUKAN AKU INGIN MENUDUH ZAID AKAN BELOT KEPADA KEADILAN..

KESETIAN NI BOLEH KITA UKUR DENGAN BERAPA LAMA DAN JASA YANG DISUMBANGKAN...

LAGI PUN CARA POLITIK ZAID MASIH HAMPIR SAMA KETIKA DIA MENGANGGOTAI UMNO !! MENGGUNAKAN CARA POLITIK WANG DAN KEBARATAN !!
AZMIN PULA JAUH BERBEZA SAMA SEKALI DENGAN ZAID LEBIH KEPADA KESEDERHANAAN..

ZAID PERLU SEDAR BAHAWA KEADILAN SEBUAH PARTI YANG  BERBEZA PRISNSIPNYA DENGAN UMNO...

JANGAN AMALKAN PRINSIP UMNO DALAM KEADILAN !!!

BUKAN HENDAK MENYALAHKAN BELIAU TAPI MUNGKIN SUDAH TERBIASA....

AKHIR KATA AKU RASA YB AZMIN LEBIH LAYAK DUDUK DI KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PKR !!

DATO ZAID BUKAN TIDAK LAYAK TAPI MASIH BELUM BERSEDIA !!

SIAPALAH AKU UNTUK MENILAI MEREKA TAPI INI HANYALAH PANDANGAN AKU....

1 comment:

  1. soal kesetiaan tu satu hal..
    Zaid plak x sabar!..mmg kedua dua nya mempunyai latar belakang yg berbeza dan sejarah yg berbeza..
    tapi Zaid harus sedar..jangan kerana dulu die orang besar dlm UMNO die harus membawa budaya tersebut dlm PKR..beliau baru shj join parti 2008..bukan nk ckp org lame bagus org baru x bagus..persoalan nya kinil.dulu ckp laen..skang cite laen..dulu kate x nk bertanding..tetibe nk bertanding plak.tgk Chua jui meng..relax je..
    lagi pon..
    x payah jauh la contoh org baru yg x hargai parti
    Tan Sri Khalid Ibrahim!..ape die buat kat parti skang?..die siap ckp lagi yg dioe x berminat nk active dlm parti dan pemilihan..x sedar ke die yg parti yg layakkan die duduk kat kerus MB tu!..
    sblm Syed Husin umum yg die nk pertahan kan kerusi pon zaid dah umum dulu..mmg la die liberal tp dlm organisasi parti..hormat la sikit!!!!!!

    ReplyDelete