Saturday, September 11, 2010

Timbalan Presiden: Biar Ahli Tentukan

SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden kini semakin sengit sambil mengatakan keputusan terletak di tangan ahli peringkat akar umbi.
"Saya tak dengar pun sengit seperti yang dikatakan. Ini perkara biasa dalam mana-mana proses demokrasi. Biar ahli yang tentukan," kata Anwar ketika ditanya pemberita mengenai desas desus kempen di antara Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.
Sementara Azmin belum lagi mengumumkan hasratnya mahu merebut jawatan kedua tertinggi parti, penyokong beliau di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telahpun mencadang nama beliau serta menyatakan sokongan terbuka kepada Ahli Parlimen Gombak itu.
Zaid bagaimanapun telah menyatakan keputusan beliau mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan minggu lalu.

INILAH CONTOH PEMIMPIN !!!

TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK !!!

BIARKAN AHLI AKAR UMBI MEMILIH SIAPA YANG LEBIH LAYAK !!!

JANGAN LUPAKAN MATLAMAT PARTI !!!

WALAU SIAPA YANG MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT  JANGAN JADIKAN ALASAN UNTUK BERPECAH BELAH !!!

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH !!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13!!!

No comments:

Post a Comment