Di Selangor hari ini, mungkin orang yang paling sibuk ialah Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana dia mahu muncul sebagai seorang pejuang dan hero dalam isu pasir, sungai dan alam sekitar.
Tujuannya, tentulah 'political mileage' sendiri, kerana namanya benar-benar merudum sekarang sama macam saham terutama selepas kalah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, di tangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan dia tidak dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Har Har Har berebut la sesama penyamun oi !!!
Jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor sudah dilepaskan, kononnya sebagai tanda bertanggungjawab kepada kekalahan BN di Selangor dalam PRU 12 yang lalu, tetapi satu perkara yang Mohamad Khir tidak buat lagi, memohon maaf daripada semua kakitangan kerajaan, khususnya kakitangan kerajaan dari Negeri Selangor isu menghadiahkan penyapu kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor.
Kau sibuk memanjang bawa wartawan dan jurugambar pegi melihat kawasan pasir yang dirompak oleh Penyamun Umno walhal kejadian kecurian pasir ni adalah masalah yang berlaku ketika zaman pemerintahan kau.
Yang kau risau sekarang ialah Noh dapat makin popular dari kau.Kau sering menafikan kau bermasalah dengan Noh mereka yang bodoh dan tuli sahaja percaya cakap kau.Aku tahu kau menunggu masa untuk menjatuhkan Noh !!
Mohamad Khir tidak perlu sebenarnya berhempas pulas untuk memulihkan imejnya dengan menyerang kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Usaha Penyamun Umno membenamkan Tan Sri Khalid bukan dibuat sekarang, malah, sejak awal-awal lagi ketika beliau mahu berjinak-jinak dengan politik Umno Bahagian Kuala Selangor.
Lebih baik, Mohamad Khir membaca semula apa manifesto BN yang ditaburkan kepada rakyat Negeri Selangor untuk cuba ditunaikan daripada membawa wartawan dan jurugambar untuk melawat sungai dan kawasan pasir dengan tujuan mahu menunjukkan keburukan pentadbiran sekarang.
Kalau Mohamad Khir betul-betul sayang Negeri Selangor dari berlubang kerana pencurian pasir, apakah Mohamad Khir tidak sayang Negeri Selangor dari segi pengondolan bukit-bukit dan hutan hanya kerana mahu member tanah kepada kroni sendiri dahulu?
Apakah rakyat Selangor sudah lupa bahawa bukit ditarah sesuka hati – ketika Selangor dalam pemerintahan Penyamun Umno yang tentunya Mohamad Khir tahu semua itu, kecuali masih mahu menafikannya!
Kita semua pun sudah dapat saksikan betapa besar dan mewahnya rumah Khir ni...
Adakah itu semua hasil dari menjarah hasil negeri..Ya sudah tentu sedikit sebanyak ada kaitannya.
Kita semua sudah tahu bahawa ketika pemerintahan Khir rakyat dirompak dengan menaikan tarif air dan mengayakan kroni dia Rozali Syabas tapi ketika pemerintahan Tan Sri Khalid beliau memberikan air secara percuma kepada rakyat..
10% keuntungan KSSB telah dan akan diagihkan kepada JKKK seluruh Selangor.
Khir pula tidak memberikan satu sen pun kepada rakyat.
Tan Sri Khalid Ibrahim turut menghapuskan surat sokongan..Tapi Khir ??
Kalau nak dikutkan banyak lagi yang aku boleh tulis perbanding antara mereka berdua tapi kesimpulanya Tan Sri Khalid Ibrahim lebih berjiwa rakyat dan peka terhadap rakyat !!
Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh Penyamun Umno untuk menutup kesalahan mereka jika kita perhatikan...
Jadi kita sudah boleh nilaikan Parti mana yang harus diundi pada PRU 13 !!
Humbankan Penyamun Umno PRU 13 !!!
Jangan biarkan Penyamun Umno terus bernafas di Malaysia !!
Halau Penyamun Umno dari Putrajaya !!
Pangkah Pakatan Rakyat PRU 13 !!
Rakyat Selangor akan terus berdiri dibelakang MB Tan Sri Khalid !!!
No comments:
Post a Comment