Saturday, August 21, 2010

UMNO KETANDUSAN IDEA !!! RASIS DIJADIKAN ISU POLITIK !!

Hadi: Melayu tak boleh terus percaya Umno, BN gagal adil

August 21, 2010
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya yang Umno akan membela nasib mereka setelah selama lima dekad rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang adai menuju kepada “pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra.”
Juster kata Presiden PAS, ketidakadilan bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan dipimpin Umno-BN.
“Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini,” kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak seminggu ini termasuk ekoran tuntutan Kongres Ekonomi Cina.
Kata Hadi (gambar), permasalahan dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu adalah satu lagi manifestasi kegagalan BN dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum.
“Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.
“Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC,” kata beliau.
Oleh itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata rakyat semua lapisan rakyat dalam negara bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN.
“Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia,” katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PRESIDEN TEPAT SEKALI...

UMNO SUDAH KEHABISAN IDEA ITU YANG AKU BOLEH CAKAPKAN...

SENTIMEN PERKAUMAN NI SEHARUSNYA DIELAKKAN.

KITA SEBAGAI MASYARAKAT HARI INI SEHARUSNYA MENJAGA KEHARMONIAN DAN PERPADUAN ANTARA KAUM , JANGAN BIARKAN PERISTIWA 13 BERULANG.

UMNO BARU NIE HANYA TAHU FITNAH SAMUN DAN RASIS !!

SIAPA PUNYA IDEA NI CAKAP DALAM KHUTBAH NAMA YANG di-PERTUAN AGONG DITUKAR DENGAN NAMA GUAN ENG???

KALAU BACA DOA SURUH GUAN ENG TBUKAK PINTU HATI MASUK ISLAM SALAH KE???

ATAUPUN PENYAMUN NI BENGANG NAMA KORANG X DIBACA DALAM KHUTBAH...

JANGAN JADIKAN RASIS SEBAGAI ISU UNTUK DIPOLITIKKAN !!! CARI ISU LAIN !!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 NANTI !!

No comments:

Post a Comment