Sunday, August 29, 2010
Tok Guru Nik Aziz Menyatakan Bukan Islam Digalakkan Menghampiri Masjid Secara Tidak Langsund Dapat Mengenali Islam !
Tidak faham agama itu puncanya.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.”
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”.
Tambah Nik Aziz ,tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,”
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,”
Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyamun Umno !!! ko baca artikel ni baik-baik !!
Apa yang diperkatakan Tok Guru memang tepat sekali !!
Mana la tahu Yb Teo Nie Ching tu dapat Nur dari Nya setelah pergi ke surau tu... !!!
Secara tidak langsung bertambah lagi lah umat Islam di dunia ni...
Kenapa kita perlu marahkan beliau kerana apa yang beliau lakukan adalah untuk rakyat !!
Untuk Umat Islam juga sumbangan yang diberikan beliau !
Penyamun Umno ni memang suka memperbesarkan hal-hal sensitif umat Islam dan Melayu !!
Untuk apa ??
Supaya rakyat memberikan sokongan??
Har har har har...
Aku rasa rakyat sudah tidak mempercayai penyamun macam korang !!!
Menjarah dan merompak harta rakyat dan negara itu semua hasil dari kerjaan pimpinan Penyamun Umno !!
Apa Penyamun Umno yang mengatakan mereka Islam itu jahilkah dalam Islam !!?
Rakyat sudah muak dengan isu yang korang mainkan!!
Rakyat sudah tidak bodoh lagi...
Pelbagai penyelewengan penyamun umno telah terdedah walaupun korang cuba menutupnya dengan menggunakan ejen media korang !!
Rakyat sudah benci dan tidak percaya kepada penyamun Umno !!
Humbankan penyamun Umno PRU 13 !!
Pangkah Pakatan Rakyat PRU 13 !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment